Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .[3] Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford.[4] Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).
Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.
Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Nemanja Vidic, mengambil alih dari Gary Neville pada 16 November 2005.
Rencana utama: Manchester United pre-1945
Kelab ini telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C. pada 1878 sebagai pasukan pekerja dari Manchester United F.C. Nama penuh Manchester United Football Club Gelaran The Red Devils[1] Ditubuhkan 1878, as Newton Heath L&YR F.C.
Lokasi Old Trafford
Trafford
Greater Manchester
England
(Kapasiti 75,957[2])
Pemilik Keluarga Glazer
Pengerusi Joel & Avram Glazer
Pengurus Sir Alex Ferguson
Liga Liga Perdana Inggeris
stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Selepas hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh J H Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Padang Old Trafford telah di bom pada Perang Dunia Kedua, menyebabkan kelab ini meminta ikhsan dari jiran terdekat mereka Manchester City, yang mana membenarkan mereka untuk menggunakan padang di Maine Road untuk seketika.
Tahun-tahun Busby (1945-1969)
Rencana utama: Manchester United 1945-1969
Plak di Old Trafford sempena memperingati mereka-mereka yang terkorban di dalam tragedi Munich Air.
Penanda jalan Sir Matt Busby Way yang terkenal.
Matt Busby telah dilantik menjadi pengurus pada tahun 1942 dan telah mengambil langkah yang yang tidak pernah didengar ketika itu, dengan menyertai pemain ketika latihan serta melakukan kerja-kerja pentadbiran. Beliau dengan segera mencapai kejayaan, apabila kelab ini berjaya menghabiskan liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan memenangi Piala FA pada tahun 1948.
Beliau juga telah membawa polisi mengambil pemain dari pasukan belia bilamana sesuai, dan telah memenangi liga pada 1956 dengan purata umur pemain hanya pada 22 tahun. Polisi belia ini telah memainkan peranan yang penting kepada kejayaan kelab ini. Pada musim berikutnya, mereka sekali lagi memenangi liga dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA, kalah kepada Aston Villa. Mereka juga merupakan pasukan Inggeris pertama yang bertanding didalam Piala Eropah, dan berjaya sampai ke separuh akhir.
Tragedi telah menimpa pada musim berikutnya, apabila pesawat yang membawa pulang pasukan dari perlawanan Piala Eropah terhempas ketika berlepas setelah mengisi minyak di Munich. Tragedi Munich pada 6 Februari 1958 telah mengorbankan lapan pemain dan lima belas penumpang lainnya. Terdapat andaian bahawa kelab ini akan gulung tikar, tetapi, dengan Jimmy Murphy mengambil alih sebagai pengurus ketika Matt Busby beransur pulih dari kecederaan, kelab ini terus bermain menggunakan pemain-pemain simpanan. Walaupun begitu, mereka berjaya mencapai perlawanan akhir Piala FA sekali lagi, dimana mereka tewas kepada Bolton Wanderers.
Busby membina kembali pasukan pada awal 1960-an, dengan mengikat pemain seperti Denis Law dan Pat Crerand. Pasukan ini telah memenangi Piala FA pada tahun 1963, dan selepas itu memenangi liga pada tahun 1965 dan 1967 diikuti oleh Piala Eropah pada tahun 1968, sekaligus menjadi kelab pertama Inggeris yang berjaya melakukannya. Kelab ini juga terkenal kerana mempunyai tiga pemenang Pemain Bola Sepak Eropah Tahunan: Bobby Charlton, Denis Law dan George Best. Busby bersara daripada menjadi pengurus pada tahun 1969 dan telah digantikan oleh jurulatih pasukan simpanan dan juga merupakan bekas pemain United, Wilf McGuinness.
1969-1986
Logo Manchester United pada tahun 1969-1986
Logo Manchester United pada tahun 1986-sekarang
Manchester United FC badge in the 1970s
United berusaha untuk mengantikan Busby, dan pasukan ini juga berusaha dibawah kendalian Wilf McGuinness dan Frank O'Farrell sebelum Tommy Docherty menjadi pengurus pasukan di akhir tahun 1972. Docherty, atau di kenali juga sebagai 'The Doc', telah menyelamatkan United dari penurunan divisyen pada musim itu tetapi United akhirnya tersingkir pada tahun 1974. Pasukan ini telah layak untuk kembali pada percubaan pertama dan berjaya ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1976, tetapi telah dikalahkan oleh Southampton. Mereka berjaya ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun 1977, mengalahkan Liverpool. Walaupun dengan kejayaan ini, dan dengan populariti beliau ke atas penyokong, Docherty telah dipecat selepas perlawanan akhir selepas beliau diketahui telah menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang ahli fisioterapi.
Dave Sexton telah menggantikan Docherty sebagai pengurus pada musim panas tahun 1977, dan membuat pertukaran formasi yang lebih bercorak pertahanan kepada pasukan. Corak ini tidak begitu popular kepada penyokong, yang mana telah biasa dengan corak serangan yang biasa digunakan oleh Docherty dan Busby, dan selepas gagal untuk memenangi trofi Sexton, beilau telah dipecat pada tahun 1981, walaupun telah memenangi tujuh perlawanan terakhir semasa beliau bertugas.
Beliau telah digantikan dengan seorang yang ranggi bernama Ron Atkinson yang mana telah memecahkan rekod perpindahan British untuk mengikat Bryan Robson dari West Brom. Pasukan Atkinson telah menonjolkan beberapa pemain-pemain baru seperti Jesper Olsen dan Gordon Strachan yang bermain bersama-sama bekas pemain pasukan belia, Norman Whiteside dan Mark Hughes. United telah memenangi Piala FA pada tahun 1983 dan 1985 dan telah menjadi pilihan untuk memenangi liga pada musim 1985-86 selepas memenangi sepuluh perlawanan pertama liga mereka, membuka sepuluh mata perbezaan kepada pasukan lawan seawal Oktober. Prestasi pasukan telah jatuh, walau bagaimanapun, United hanya dan telah berjaya menghabiskan musim di tempat keempat. Prestasi yang buruk telah mengikut untuk musim berikutnya, dan dengan United yang hampir di akhir zon penurunan Divisyen Pertama, Atkinson telah dipecat.
Era Alex Ferguson, sebelum treble (1986-1998)
Rencana utama: Manchester United 1986-1998
Alex Ferguson tiba dari Aberdeen untuk menggantikan tempat Atkinson dan memimpin kelab untuk menghabiskan liga di tempat ke-11. Pada musim berikutnya (1987-88), United menghabiskan liga di tempat kedua, dengan Brian McClair menjadi pemain United pertama selepas George Best untuk menjaringkan dua puluh gol dari pada liga dalam satu musim.
Walau bagaimanapun, United terpaksa berhempas pulas sepanjang dua musim berikutnya, dengan kebanyakan pemain baru Ferguson tidak mencapai jangkaan peminat. Alex Ferguson telah banyak kali dilaporkan hampir dipecat ketika awal tahun 1990 tetapi gol Mark Robins memberikan kemenangan tipis kepada United pada pusingan ketiga Piala FA mengatasi Nottingham Forest, yang mana ramai menganggapnya sebagai kemenangan yang menyelamatkan karier Ferguson. United telah mara untuk memenangi pertandingan tersebut, mengalahkan Crystal Palace pada final ulangan.
United memenangi Piala Juara-Juara Eropah pada 1990-91, mengalahkan juara Sepanyol tahun tersebut, Barcelona dalam aksi final pertandingan, tetapi mengecewakan buat United pada musim berikutnya selepas United disingkirkan oleh Leeds United akibat kemerosotan. Pada masa yang sama, dalam tahun 1991, nilai kelab telah meningkat di Bursa Saham London dengan nilai sebanyak £47 juta[5], memperlihatkan kewangannya ke pada umum.
Ketibaan Éric Cantona pada November 1992 telah memberikan sinar penting kepada United, dan diadun bersama dengan kebolehan terbaik yang dimiliki oleh Gary Pallister, Denis Irwin dan Paul Ince, bersama-sama bintang yang meningkat naik seperti Ryan Giggs, mereka menamatkan musim 1992-93 sebagai juara buat kali pertama semenjak 1967. Mereka memenangi "dua kejuaraan" (liga Inggeris dan Piala FA) untuk kali pertama pada musim berikutnya, dibantu dengan kemasukan Roy Keane, pemain tengah yang gigih dari Nottingham Forest, yang mana akan menjadi kapten kelab. Walau bagaimanapun pada tahun yang sama, kelab ini telah berdukacita berikutan dengan kematian pengurus legenda dan presiden kelab Matt Busby, yang telah kembali pada 20 Januari 1994.
Pada musim 1994-95, Cantona telah menerima penggantungan selama lapan bulan kerana telah melompat ke tempat orang ramai dan menyerang Matthew Simmons, seorang penyokong Crystal Palace, dalam perlawanan United di Selhurst Park. Seri pada perlawanan terakhir liga dan kalah kepada Everton didalam perlawanan akhir Piala FA menjadikan United sebagai naib juara di kedua-dua, liga dan Piala FA. Ferguson selepas itu telah membuat perubahan yang mengejutkan penyokong kelab dengan menjual pemain utama dan menggantikan mereka dengan pemain dari pasukan belia, termasuk David Beckham, Gary Neville, Phil Neville dan Paul Scholes. Pemain-pemain baru ini, sebahagiannya terus menjadi pemain pasukan kebangsaan England, melakukannya dengan baik dan membolehkan United memenangi dua kejuaraan sekali lagi pada musim 1995-96. Ini merupakan kali pertama sebuah kelab Inggeris memenangi dua kejuaraan sebanyak dua kali. [6]
Rekod tanpa kalah Eropah United telah dipecahkan oleh Fenerbahçe, yang memenangi 1-0 di Old Trafford pada 30 Oktober 1996 dengan gol Elvir Bolić yang membias.
Mereka memenangi liga pada tahun 1997, dan Éric Cantona telah mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak pada umur 30. Mereka telah memulakan musim (1997-98) dengan baik, tetapi mereka hanya berjaya menamatkan liga di tempat kedua pada musim tersebut, di belakang pemenang dwi-kejuaraan Arsenal.
Kejuaraan treble (1998-99)
Rencana utama: Manchester United 1998-1999
1998-99 merupakan musim di mana Manchester United telah mencapai kejayaan di dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi "Treble" - memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang sukar, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 ke atasAston Villa. Memenangi Premiership merupakan bahagian pertama untuk mendapatkan Treble, bahagian yang digambarkan Alex Ferguson sebagai yang paling sukar. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich yang mana dianggap sebagai kemuncak perlawanan terhebat pernah disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan percuma Mario Basler, United berada di belakang Bayern selama 85 minit. Selepas hampir 90 minit mereka mendapatkan sepakan sudut yang telah disempurnakan oleh pemain gantian Teddy Sheringham untuk gol penyamaan. Tidak berputus asa, United memperolehi gol kedua hasil sepakan sudut David Beckham, yang dijaringkan oleh Ole Gunnar Solskjaer, seorang lagi pemain gantian. Ferguson kemudiannya dikurniakan darjah kebesaran Britain kerana khidmatnya kepada bola sepak.
[ ] Selepas treble (1999-kini)
Rencana utama: Manchester United 1999-present
United memenangi liga pada tahun 2000 dan 2001 tetapi pihak akhbar melihat musim tersebut sebagai kegagalan kerana mereka tidak berjaya mendapatkan Piala Eropah. Sir Alex telah menggunakan taktik bertahan untuk membuatkan United susah untuk dikalahkan di Eropah tetapi ia tidak berjaya dan United menghabiskan musim di tempat ketiga pada musim 2002. Mereka telah berjaya mendapatkan kembali kejuaraan liga pada musim berikutnya (2002-03) dan memulakan musim berikutnya dengan baik, tetapi prestasi mereka telah jatuh secara drastik apabila Rio Ferdinand menerima pengantungan kontroversi selama lapan bulan akibat gagal mengambil ujuan dadah. Walau bagaimanapun mereka memenangi Piala FA 2004, menyingkirkan Arsenal (akhirnya merupakan juara liga musim tersebut) ketika di dalam pendakian ke perlawanan akhir, yang mana mereka telah mengalahkan Millwall.
Musim 2004-05 telah digambarkan sebagai kegagalan untuk menjaringkan gol, sebahagian besarnya disebabkan oleh kecederaan penyerang Ruud van Nistelrooy dengan United telah menghabiskan musim tersebut tanpa sebarang piala dan di tempat ketiga liga. Kali ini , dengan mereka juga tidak mendapat "hadiah saguhati" piala FA selepas Arsenal mengalahkan United pada penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan selama 120 minit. Di luar padang, cerita utama keluar yang menyatakan kemungkinan besar bahawa kelab ini akan diambil alih pada penghujung musim, oleh ahli perniagaan Tampa Malcolm Glazer, (juga merupakan pemilik pasukan Ragbi Amerika Tampa Bay Buccaneers), cuba mengambil alih kepentingan kelab. United telah memulakan musim 2005-06 dengan agak kurang menyakinkan, dengan pemergian pemain tengah Roy Keane ke Celtic selepas membuat kritikan secara umum kepada beberapa pemain pasukan, dan kelab ini gagal untuk layak ke fasa kalah-mati Liga Juara UEFA untuk kali pertama sepanjang sedekad selepas tewas kepada kelab Portugis SL Benfica. Pada musim ini juga mereka mendapat tamparan hebat dengan kecederaan kepada pemain utama seperti Gabriel Heinze, Alan Smith, Ryan Giggs dan Paul Scholes. Walau bagaimanapun, mereka telah berjaya mengelak dari menghabiskan musim dengan tangan kosong - satu kekecewaan yang tidak pernah dirasai sepanjang 17 tahun - dengan memenangi Piala Liga dengan mengalahkan pasukan yang baru mendapat kenaikan Wigan Athletic di perlawanan akhir 4-0. United juga telah memastikan mereka berakhir di tempat kedua dan secara automatik layak ke Liga Juara pada hari terakhir musim dengan mengalahkan Charlton Athletic 4-0. Pada akhir musim 2005-2006, penyerang utama United, Ruud van Nistelrooy, telah meninggalkan kelab untuk bersama-sama Real Madrid, kerana a berbalah dengan Alex Ferguson.[7]
[ ] Pengambilalihan Malcolm Glazer
Rencana utama: Pengambilalihan United oleh Malcolm Glazer
Pada 13 Mei 2005, ahli perniagaan Malcolm Glazer telah mendapat semua kepentingan di dalam kelab menerusi pelaburan Red Football Ltd. dalam pengambilan nilai kelab yang berjumlah hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion). Pada 16 Mei, beliau menambah saham kepada 75% untuk mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham, menjadikannya milik persendirian sekali lagi, dan telah mengumumkan niat beliau dalam masa 20 hari. Pada 8 Jun beliau telah melantik anak-anak beliau menjadi lembaga pengarah kepada Manchester United sebagai pegawai bukan eksekutif.
Pada Julai 2006 kelab ini telah mengumumkan pakej pinjaman semula. Kerana sebelum ini hutang yang diambil Glazers untuk pembelian kelab telah terbahagi kepada kelab dan keluarga, tetapi kini ia akan hanya terdiri daripada kelab. Dengan jumlahnya menjadi £660 juta, yang mana pembayaran interest akan menjadi £62 juta setahun. Ia merupakan pengurangan pembayaran interest sebanyak 30%.
[ ] Lencana dan warna
Semasa hari-hari Newton Heath, pakaian tuan rumah kelab ini adalah berwarna kuning dan hijau; corak tersebut telah dikembalikan sebagai pakaian semasa keluar pada awal tahun 1990-an sempena memperingati ulangtahun yang ke-100 kelab. Kelengkapan tuan rumah Manchester United yang paling dikenali ialah jersi berwarna merah, seluar putih dan stokin berwarna hitam. Kelengkapan semasa keluar pula kebiasaannya ialah jersi berwarna putih dengan seluar hitam dan stokin berwarna putih.
Kelengkapan ketiga kebiasaannya berwarna biru tetapi kelab ini juga pernah menggunakan hitam keseluruhan dan pada satu ketika pada pertengahan tahun 90-an mereka menggunakan kelabu keseluruhan. Jersi mereka kini telah ditaja oleh penaja utama AIG dengan baju berwarna merah dengan jalur emas di bahagian tepi. Bahagian lengan mempunyai warna putih manakala simbol AIG dan Nike juga berwarna putih. Sulaman perkataan MUFC dibawah jersi adalah berwarna emas. Gencana kelab diletak di atas corak perisai putih. Jersi untuk perlawanan luar pula berwarna putih dengan jalur hitam di bahagian tepi. Bahagian lengan dan leher mempunyai warna emas manakala simbol AIG, Nike, dan MUFC berwarna hitam. Gencana terletak di atas corak perisai berwarna hitam.
Gencana Manchester United telah beberapa kali ditukar, tetapi ciri-ciri utamanya masih lagi kekal. Lencana ini telah direka berdasarkan gencana bandar Manchester. Bentuk iblis pada gencana kelab adalah berasal dari gelaran kelab "The Red Devils", yang telah dipakai pada awal tahun 60-an selepas Sir Matt Busby mendengarnya sebagai gelaran kepada pasukan liga ragbi Salford yang menggunakan baju merah. Pada akhir tahun 1960-an, iblis tersebut telah mula dimasukkan ke dalam acara dan program kelab, sebelum ia akhirnya dimasukkan ke dalam gencana kelab pada tahun 1970, memegang serampangnya yang jelas. Pada 1998, gencana tersebut telah sekali lagi direka semula, kali ini dengan menghilangkan perkataan "Football Club".
[ ] Penajaan
Pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkan AIG sebagai penaja baju baru [8] Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar di dunia selepas Juventus dari liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun.[9] Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.
[ ] Pemain
[ ] Skuad semasa
Sehingga 8 Januari 2012[10]
No. Posisi Pemain
1 GK
David de Gea
3 DF
Patrice Evra
4 DF
Phil Jones
5 DF
Rio Ferdinand
6 DF
Jonny Evans
7 FW
Michael Owen
8 MF
Anderson
9 FW
Dimitar Berbatov
10 FW
Wayne Rooney
11 MF
Ryan Giggs
12 DF
Chris Smalling
13 MF
Park Ji-Sung
14 FW
Javier Hernández
15 DF
Nemanja Vidić (captain)
16 MF
Michael Carrick
17 MF
Nani
18 MF
Ashley Young
19 FW
Danny Welbeck
20 DF
Fábio
21 DF
Rafael
No. Posisi Pemain
22 MF
Paul Scholes
23 MF
Tom Cleverley
24 MF
Darren Fletcher
25 MF
Antonio Valencia
26 FW
Gabriel Obertan
28 MF
Darron Gibson
29 GK
Tomasz Kuszczak
32 FW
Mame Biram Diouf
34 GK
Anders Lindegaard
35 MF
Tom Cleverley
37 MF
Robert Brady
40 GK
Ben Amos
41 FW
Joshua King
42 MF
Paul Pogba
45 DF
Oliver Gill
47 MF
Oliver Norwood
48 FW
Will Keane
49 MF
Ravel Morrison
50 GK
Sam Johnstone
51 DF
Ezekiel Fryers
[ ] Dipinjam
No. Posisi Pemain
27 FW
Federico Macheda (at Queens Park Rangers sehingga 30 Jun 2012)[11]
30 DF
Ritchie De Laet (ke Norwich City sehingga 30 Jun 2012)[12]
33 FW
Bébé (ke Beşiktaş sehingga 30 Jun 2012)[13]
No. Posisi Pemain
46 MF
Ryan Tunnicliffe (ke Peterborough United sehingga 31 Disember 2011)[14]
Pemenang Anugerah Pemain Eropah Tahunan (Ballon d'Or)
• Denis Law - 1964
• Bobby Charlton - 1966
• George Best - 1968
• Cristiano Ronaldo - 2008 (Juga menjadi Pemain Terbaik Dunia 2008)
Penampilan terbanyak
Untuk perlawanan sehingga 4 Januari 2007 dan menurut laman rasmi. Pemain yang di'hitam'kan masih lagi berada di Manchester United.
# Nama Tahun Penampilan Gol
1 Sir Bobby Charlton
1954 - 1973 759 249
2 Ryan Giggs
1991 - kini 692 137
3 Bill Foulkes
1952 - 1970 688 9
4 Alex Stepney
1966 - 1978 539 2
5 Tony Dunne
1960 - 1973 536 2
6 Denis Irwin
1990 - 2002 529 33
7 Gary Neville
1992 - kini 527 7
8 Paul Scholes
1994 - kini 514 135
9 Joe Spence
1919 - 1933 510 168
10 Arthur Albiston
1974 - 1988 485 7
[ ] Penjaring terbanyak untuk Manchester United
# Nama Karier Penampilan Gol
1 Sir Bobby Charlton
1954 - 1973 759 249
2 Denis Law
1962 - 1973 404 237
3 Jack Rowley
1937 - 1955 424 212
4 George Best
1963 - 1974 470 179
5 Dennis Viollet
1949 - 1962 293 179
6 Joe Spence
1919 - 1933 510 168
7 Mark Hughes
1980 - 1986, 1988 - 1995 466 164
8 Ruud van Nistelrooy
2001 - 2006 220 150
9 Stan Pearson
1935 - 1954 347 148
10 David Herd
1961 - 1968 265 145
Pegawai kelab
• Pemilik: Keluarga Glazer melalui Red Football Shareholder Limited[15]
• Presiden Kehormat: Martin Edwards[16]
Manchester United Limited
• Pengerusi Bersama: Joel Glazer & Avram Glazer[17]
• Ketua Eksekutif: David Gill[17]
• Ketua Pegawai Operasi: Michael Bolingbroke[17]
• Pengarah Komersial: Richard Arnold[18]
• Ketua Staf: Ed Woodward[19]
• Pengarah bukan Eksekutif: Bryan Glazer, Kevin Glazer, Edward Glazer dan Darcie Glazer[17]
Manchester United Football Club
• Pengarah: David Gill, Michael Edelson, Sir Bobby Charlton, Maurice Watkins
• Setiausaha Kelab: John Alexander[20]
• Duta Global: Bryan Robson[21]
-->Staf Kejurulatihan dan Perubatan
• Pengurus: Sir Alex Ferguson
• Pembantu Pengurus: Mike Phelan
• Jurulatih Pasukan Utama: Rene Meulensteen
• Jurulatih Penjaga Gol: Eric Steele
• Fitness Coach: Tony Strudwick
• Pengurus skuad Simpanan: Ole Gunnar Solskjær
• Jurulatih skuad Simpanan: Warren Joyce
• Ketua peninjau: Jim Lawlor
• Ketua peninjau Eropah: Martin Ferguson
• Pengarah Akademi Remaja: Brian McClair
• Pengarah Akademi Remaja: Jimmy Ryan
• Doktor: Dr. Steve McNally
• Pembantu doktor kelab: Dr. Tony Gill
• Ahli fisioterapi Pasukan Utama: Rob Swire
Sejarah pengurusan
• 1892 A.H. Albut
• 1900 James West
• 1903 J. Ernest Mangnall
• 1912 John J Bentley
• 1914 Jack Robson
• 1921 John Chapman
• 1926 Lal Hilditch
• 1927 Herbert Bamlett
• 1931 Walter Crickmer
• 1932 Scott Duncan
• 1938 Jimmy Porter
• 1944 Walter Crickmer
• 1945 Sir Matt Busby
• 1958 Jimmy Murphy (Caretaker for Busby after Munich disaster)
• 1959 Sir Matt Busby
• 1969 Wilf McGuinness
• 1970 Sir Matt Busby
• 1971 Frank O'Farrell
• 1972 Tommy Docherty
• 1977 Dave Sexton
• 1981 Ron Atkinson
• 1986 Sir Alex Ferguson
Sokongan
Sebelum Perang Dunia II, terdapat beberapa penyokong yang pergi ke permainan di tempat lawan disebabkan masa dan wang. Manchester City dan Manchester United, sebelum ini, bermain permainan di tempat sendiri pada hari Sabtu berganti-ganti. Selepas perang, terdapat satu persaingan lebih kuat dan ia menjadi lebih biasa bagi penyokong memilih satu pasukan untuk disokong.
Bila United memenangi Liga dalam 1956, mereka menpunyai jumlah pukulan rata penghadir terbesar, rekod yang sebelum ini, dipegang oleh Newcastle. Selepas tragedi Munich Air, lebih ramai orang mula menyokong kelab ini. Oleh itu, United masih memegang rekod ini untuk hampir semua tahun selepas itu, walaupun mereka pernah berada di Divisyen Kedua antara tahun-tahun 1974—1975.
Laporan 2002 Do You Come From Manchester? menunjukkan walaupun Manchester City mempunyai lebih banyak perkadaran penyokong yang memegang tiket bermusim dalam daerah Manchester, tetapi jumlah penyokong United lebih besar.
Pada lewat 1990-an dan awal 2000, isu kerisauan daripada ramai penyokong United ialah kemungkinan bahawa pasukan itu akan dikuasai oleh orang lain. Kumpulan Penyokong IMUSA (Persatuan Penyokong Manchester United Bebas, atau Independent Manchester United Supporters' Association) sangat aktif menentang percubaan rampasan kuasa daripada Rupert Murdoch dalam 1999. Selain itu, kumpulan lain Shareholders United Against Murdoch, yang menjadi Manchester United Supporters' Trust dilahir pada masa itu untuk menggalakkan penyokong membeli saham dalam kelab, yang membolehkan penyokong-penyokong mengambil bahagian perbincangan dalam kelab seperti harga tiket dan parti lain yang ingin mengambil alih kelab. Tetapi, ini gagal menghalang Malcolm Glazer dari mengambilalih kelab Manchester United. Akibatnya ramai penyokong yang marah dengan peristiwa itu, dan mereka memulakan kelab baru iaitu F.C. United of Manchester.
Kejuaraan
Domestik
• Kejuaraan Liga Perdana Inggeris[22]: 16
o 1992–93, 1993–94, 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03, 2006–07, 2007–08, 2008-09,2010-11
• Divisyen Kedua[23] 2
o 1936, 1975
• Piala FA: 11¹
o 1909, 1948, 1963, 1977, 1983, 1985, 1990, 1994, 1996, 1999, 2004
• Piala Liga: 2
o 1992, 2006
Eropa
• Liga Juara-Juara UEFA: 3
o 1968, 1999, 2008
• Piala Juara Piala UEFA: 1
o 1991
• Piala Super Eropah: 1
o 1991
[ ] Antarabangsa
• Piala Antara Benua: 1¹
o 1999
• Piala Dunia Kelab FIFA: 1¹
o 2008
[ ] Rekod
Untuk senarai lengkap mengenai rekod dan statistik Manchester United F.C., lihat Rekod dan statistik Manchester United F.C..
[ ] Lihat juga
• List of UNICEF Goodwill Ambassadors
Organisasi penyokong
• Manchester United Supporters Club of America
• IMUSA
• Shareholders United
• Manchester United Supporters' Trust
• MUSCC
Fanzine
• Red Issue
• United We Stand
• Red News
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
4 komentar:
Aftershokz titanium - titanium-arts.com
Aftershokz titanium babylisspro nano titanium spring curling iron - titanium nipple barbells titanium-arts.com. Manufacturer: rocket league titanium white VICO. titanium pots and pans SKU: 005089000. In stock. implant grade titanium earrings
>>>>> Download Now
>>>>> Download Full
>>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
>>>>> Download Full
>>>>> Download LINK
t946q0qtrwc777 horse dildo,dildo,dog dildo,dildo,G-Spot Vibrators,dildos,fantasy toys,realistic dilldos,vibrators m709v9hukde242
h901g6grlrb924 cheap sex dolls,couples sexy toys,sex chair,finger vibrator,wholesale sex toys,dildos,horse dildo,dildos,dildos l009z3xlxhy721
Posting Komentar